Sunday, 30 October 2011

LAWATAN SEKOLAH KE EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB (29/10/2011)

Seramai 6 guru dan 65 orang murid Tahun 1 hingga 3 mengadakan lawatan ke Empire Hotel and Country Club. Lawatan ini diadakan pada hari Khamis 29 Oktober 2011. Guru-guru yang terlibat dalam lawatan ini ialah Cikgu Sofian, Cikgu Izyan, Cikgu Ernie Nisrinah, Cikgu Mainon, Cikgu Hadza dan Cikgu Dk Dora. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid melawati salah satu tempat yang menarik di Negara Brunei Darussalam. Murid-murid juga didedahkan dengan 'first-hand experience' menonton wayang Real Steel di panggung wayang hotel ini.

Sinopsis:
Real Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.

Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan. Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang. Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara. Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.

Menurut guru-guru, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya.



















BY: UKAIL

0 comments: