Saturday, 5 November 2011

LATIHAN TAUSYEH SHALAWAT ANWAR DAN SHALAWAT IBRAHIM (5/11/2011)

Pada hari ini 05 November 2011, latihan tausyeh dijalankan di Bilik Ibadah SRPKNBB. Latihan ini di pimpin oleh Ustazah Shannty dan dibantu oleh Ustaz Md. Norazlan. Sesi latihan ini melibatkan empat-belas orang murid Tahun 6 yang terdiri dari empat orang murid lelaki dan selebihnya sepuluh orang murid perempuan. Kumpulan tausyeh murid ini diketuai oleh Dayang Siti Raudhatul. Empat orang murid lelaki bertindak sebagai pemain alat musik Islamik iaitu Tar (Awang Md. Azri), Terbuk (Awang Md. Azreen) dan Gerincing (Awang Md. Azaim dan Awang Md. Afif Al-Hakim) Tajuk bacaan tausyeh mereka ialah Shalawat Anwar dan Shalawat Ibrahim.






BY: UKAIL

0 comments: