Tuesday, 1 November 2011

LAWATAN KE PAMERAN MAHRAJAN HAFL AL-TAKHARRUJ, ICC (01/11/2011)

Seramai lima guru dan lima puluh satu  murid Tahun 5 dan 6 pada hari ini, 01 November 2011, mengadakan lawatan ke Pusat persidangan Antarabangsa, Berakas. Tujuan lawatan ialah untuk melawat sambil belajar ke Galeri dan Pameran Sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Pesta Konvokesyen Pertama UNISSA. Guru-guru yang terlibat dalam lawatan ini ialah Cikgu Kamaluddin, Cikgu Mohd. Amir Irwan, Cikgu Masnah, Cikgu Nooreta dan Ustazah Shannty.

Semasa lawatan ini, guru dan murid berpeluang mengetahui apa jua bentuk aktiviti yang ada dijalankan di Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) seperti Aktiviti ECA dan Hal-ehwal Pelajar. Disamping itu juga turut dipamerkan ialah sejarah Hukum Kanun Islam dan bagaimana syiar Islam dijalankan di negara ini.













BY: UKAIL

0 comments: